بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Segala puji kepada Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam sejahtera kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang telah menyebarkan cahaya hidayah Islam ke segenap penjuru alam. Amma ba’du.
Dengan izin Allah Subhanahu wa Taala, kami dapat menerbitkan blog ini, dengan tujuan untuk bersama-sama berkongsi bahan bermanfaat dengan rakan-rakan yang dahagakan bahan ilmiah dan dakwah demi menyebarluaskan kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia dan alam seluruhnya. Justeru bahan ini bolehlah digunapakai untuk tujuan dakwah dan ilmiah dalam apa jua bentuk media samada bercetak atau selainnya. Namun bagi kami lagilah beradab sekiranya dinyatakan sumber bahan yang diambil, walaupun kami sendiri tidak memakai nama sebenar, supaya kelangsungan sumber itu dapat diperpanjangkan.
Berkenaan bahan, kami mengambilnya dari sumber-sumber yang pada ilmu kami bertepatan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah berasaskan imam Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur alMaturiidy, mengutamakan mazhab fekah majoriti masyarakat di nusantara, manakala dari segi akhlak dan tazkiyah, kami utamakan hasil karya imam Abu Hamid al-Ghazali. Dari segi dakwah kami mengutamakan karya pengasas dan pendokong ikhwanul muslimin kerana telah diiktiraf oleh kebanyakan ulama dunia tentang peranannya yang besar dalam menghidup dan menyuburkan usaha-usaha islah dan dakwah iaitu As-Syahid Hasan al-Banna, Syeikh Said Hawa, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan lain-lain (sekadar menyebutkan beberapa nama). Bahan-bahan ini kami usahakan melalui perterjemahan daripada kitab asal, penyalinan daripada kitab terjemahan, perkongsian bahan dengan dipastikan sumber sebenar dan sebagainya.
Sebarang teguran, cadangan penambahbaikan kami alu-alukan dan harap dapat dilakukan dalam semangat mahabbah dan ukhuwwah islamiyyah yang kaya dengan nilai adab dan kesopanan yang tinggi.
Sekadar itu sahaja prakata daripada kami, semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhainya. KepadaNya kami bertawakkal dan kepadaNya kami kembali.
No comments:
Post a Comment