Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 5. Hadis Nombor 3597.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Ismail bin Ayyasy memberitahukan kepada kami dari Abdillah bin Abdur Rahman bin Abi Husain dari Syahr bin Hausyah dari Abi Umamah Al-Bahil berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mendatangi tempat tidurnya dalam keadaan suci serta berzikir kepada Allah sampai mengantuk menjumpainya (tidur) maka tidaklah dia bangun sesaat saja dari malam itu seraya memohon kepada Allah sesuatu dari kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti mengabulkannya." Hadis ini adalah hasan gharib. Dan hadis ini juga diriwayatkan dari Syahr bin Hausyab dari Abi Dzabyah dari Amr bin Absah dari Nabi saw.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0460.
Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa orang-orang fakir datang kepada Nabi saw. mengatakan: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami. Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Nabi, "Tidakkah lebih baik ku ceritakan kepada mu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan boleh dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Iaitu: Tasbih (membaca Subhanallah), Tahmid (membaca Allamdulillah), dan Takbir (membaca Allaahu Akbar), setiap selesai solat sebanyak 33 kali. Kami berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Nabi saw., dan beliau menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali."
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 1. Hadis Nombor 0406.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Asy-Syahid dan Ali bin Hujr menceritakan kepada kami mereka berkata: "Attab bin Basyir menceritakan kepada kami dari Khushaif dari Mujahid dan Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata: "Orang-orang fakir miskin datang kepada Rasulullah saw lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang-orang kaya melakukan solat sebagaimana kami melakukan solat dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka mempunyai harta yang mereka dapat memerdekakan budak dan bersedeqah". Beliau bersabda: "Apabila kamu telah selesai melakukan solat maka bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali, Allahu Akbar tiga puluh kali dan Laila illallah sepuluh kali maka sesungguhnya kamu dapat mencapai darjat orang yang mendahului kamu dan orang sesudahmu tidak dapat mendahului kamu". Dalam bab ini mendapat hadis dari Kaab bin Ujrah, Anas, Abdillah bin Amr, Zaid bin Tsabit, Abid Darda', Ibnu Umar dan Abi Dzarr. Abu Isa berkata: "Hadis Ibnu Abbas adalah hasan gharib". Dan benar-benar diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: "Dua macam perbuatan tidaklah seorang muslim memeliharanya melainkan masuk syurga iaitu membaca Subhanallah pada sesudah tiap-tiap solat wajib tiga puluh tiga kali dan membaca Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan membaca Allahu Akbar tiga puluh tiga kali dan membaca tasbih ketika hendak tidur sepuluh kali dan membaca Allahu Akbar sepuluh kali.
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 5. Hadis Nombor 3538.
Muhammad bin Wazir Al Wastihi menceritakan kepada kami. Abu Sufyan Al Humairi menceritakan kepada kami dari Adh Dhahhak bin Humrah dari Amr bin Syaaib dari ayahnya dari datuknya berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa mentasbihkan Allah seratus kali pada pagi hari dan seratus kali pada petang hari, maka ia seperti orang yang menjalankan ibadah haji seratus kali. Barang siapa memuji Allah seratus kali pada pagi hari dan pada petang hari seratus kali maka seperti orang yang naik di atas seratus kuda di jalan Allah, atau beliau bersabda: "Orang yang berperang seratus kali". Barang siapa membaca laailaaha illallaah seratus kali pada pagi hari dan seratus kali pada petang hari, maka ia seperti orang yang memerdekakan seratus budak keturunan Ismail, dan barangsiapa membaca takbir seratus kali pada pagi hari dan seratus kali pada petang hari, maka tidak ada seorangpun yang datang pada hari itu dengan membawa amal yang lebih utama daripada amal yang dia bawa selain orang yang membaca takbir sebanyak yang ia baca atau lebih banyak daripada yang ia baca." Hadis ini adalah hasan gharib.
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0174.
Dari Abu Malik Al Asy'ari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kebersihan itu sebahagian dari iman. Membaca 'Alhamdulillah' pahalanya sepenuh timbangan. Membaca 'Subhanallah wal hamdulillah', pahalanya sepenuh ruang antara langit dan bumi. Solat itu cahaya, sedekah itu adalah bukti sabar itu adalah sinar Quran akan menjadi hujah (alasan) bagi mu atau alasan yang ditujukan kepada mu. Setiap orang pagi-pagi menjual dirinya, ada yang menyelamatkannya dan ada pula yang membinasakannya."
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 5. Hadis Nombor 3670.
Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah lalu memberitahukan kepada kami dari Al-A'masy dari Abi Shaleh dari Abu Hurairah atau dari Abi Said Al-Khudri berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memiliki malaikat-malaikat yang berjalan-jalan di bumi sebagai tambahan dari pada malaikat-malaikat penulis amal manusia lalu apabila mereka menjumpai suatu kaum yang berzikir kepada Allah, maka mereka memanggil: Marilah kepada apa yang kamu minta lalu mereka datang kemudian mengelilingi orang-orang yang berzikir tadi menuju ke langit dunia, lalu Allah berfirman: "Kamu biarkan hamba-hamba ku melakukan perbuatan apa?", mereka menjawab: "Kami biar mereka memuji Mu dan mengagongkan Mu dan berzikir kepada Mu". Beliau bersabda: "Apakah mereka melihat Kami?" mereka menjawab: "tidak", Beliau bersabda: "lalu Allah berfirman: "Bagaimana seandainya mereka melihat Ku?" Beliau bersabda: "mereka menjawab: "seandainya mereka melihat Engkau pasti mereka sangat memuji Mu dan mengagungkan Mu dan sangat berzikir kepada Mu." Beliau bersabda: Allah berfirman: "Apa yang mereka minta?" Beliau bersabda: Mereka menjawab: "mereka minta syurga." Beliau bersabda: "Allah berfirman: "apakah mereka melihat syurga?" Beliau bersabda: mereka menjawab: "tidak." Beliau bersabda: Allah berfirman: "Bagaimana seandainya mereka melihat?" Beliau bersabda: mereka menjawab: "seandainya mereka melihatnya, tentu mereka sangat memintanya dan mengharapkannya." Beliau bersabda: "dari apa mereka minta perlindungan?" Mereka menjawab: mereka minta perlindungan dari neraka." Beliau bersabda: "Allah berfirman: "apakah mereka melihatnya? mereka menjawab: "tidak." Beliau bersabda: "Allah berfirman: Bagaimana seandainya mereka melihatnya?" mereka menjawab: seandainya mereka melihatnya tentu mereka sangat lari dan sangat takut dan sangat minta perlindungan dari padanya." Beliau bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sekalian sebagai saksi bahawa Kami mengampuni dosa-dosa mereka," lalu mereka berkata: "sesungguhnya di antara mereka ada seseorang anu yang banyak dosanya dia tidak berkeinginan bersama mereka dalam zikir sesungguhnya dia mendatangi mereka kerana suatu keperluan," kemudian berfirman: "mereka adalah kaum yang seorangpun tidak menjadi celaka kerana berkat mereka." Hadis ini adalah hasan sahih, dan hadis ini juga diriwayatkan dari Abi Hurairah dengan selain sanad ini.
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 5. Hadis Nombor 3439.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada, kami, Marhum bin Abdul Aziz Al 'Aththar menceritakan kepada kami, Abu Nu'amah memberitahukan kepada kami dari Abu Utsman An Nahdi dari Abi Said AI-Khudri berkata: "Muawiyah keluar menuju ke masjid lalu berkata: "Kami duduk untuk zikir kepada Allah." ia berkata: "Demi Allah tidakkah mendorong kamu duduk selain itu?" Mereka berkata: "Demi Allah tidaklah mendorong kami duduk selain itu." Ia berkata: "Ingatlah sesungguhnya aku meminta sumpah kepada mu bukan kerana curiga kepada mu dan tidak ada seseorang mengenai kedudukanku dari Rasulullah SAW yang lebih sedikit hadisnya dari beliau dari pada ku. Sesungguhnya Rasulullah pernah keluar menuju lingkaran terdiri dari sahabat-sahabatnya lalu beliau bersabda: "Apa yang mendorong kamu duduk?" Mereka berkata: "Kami duduk untuk zikir kepada Allah dan memujiNya kerana Dia telah memberi petunjuk kami kepada Islam dan telah memberi kurnia kepada kami dengan Islam". Lalu beliau bersabda: "Demi Allah tidaklah mendorong kamu duduk selain itu". Mereka menjawab: "Demi Allah tidaklah mendorong kami duduk selain itu". Beliau bersabda: "Ingatlah sesungguhnya aku meminta kamu bersumpah bukan kerana curiga kepada mu, sesungguhnya malaikat Jibril telah mendatangi ku dan memberitahukan kepada ku bahawa Allah membanggakan kamu kepada para malaikat." Hadis ini adalah hadis hasan gharib yang kami tidak mengetahuinya selain dari sanad ini. Dan Abu Nu'amah Assa'di namanya adalah Amr bin Isa, dan Abu Utsman An Nahdi namanya adalah Abdur Rahman bin Mullin.
1 comment:
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
Post a Comment